KUALA LUMPUR: Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata walaupun perbincangan itu menjurus kepada cadangan untuk mewujudkan satu rangkaian laluan yang lebih strategik khususnya dengan negara jiran, Thailand, setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat.
"Kita memang nak melihat sama ada ECRL ini dapat memberikan pulangan yang lebih maksimum kepada negara kita, jadi memang ada perbincangan untuk kita lihat opsyen lain termasuk menyambung ke sempadan Thailand.
"Yang penting bukan sahaja ECRL ini kena beri perkhidmatan dalam negara kita tetapi kalau boleh sampai ke sempadan Thailand (yang) boleh disambung dengan Malaysia... ini akan menjadikan ECRL itu lebih berimpak tinggi," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran WORQ Sunway Putra di sini hari ini.
Projek ECRL melibatkan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor bermula dari Kota Bharu hingga ke Pelabuhan Klang sepanjang 665 kilometer dan 20 stesen.
Media sebelum ini melaporkan, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berharap projek ECRL dapat disambung hingga ke Rantau Panjang, bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi antara sempadan selain mampu mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Loke berkata walaupun perbincangan itu menjurus kepada cadangan untuk mewujudkan satu rangkaian laluan yang lebih strategik khususnya dengan negara jiran, Thailand, setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat. - Gambar fail/Astro AWANI
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.